Jaringan ke-100 Rooney Benamkan Arsenal...

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Wayne Rooney awal pagi semalam menjaringkan golnya yang ke 22 musim ini untuk membantu pasukannya menewaskan Arsenal 3-1.

Golnya menentang Arsenal itu juga merupakan gol yang ke-100 sepanjang kariernya dalam Liga Perdana Inggeris.

Selepas perlawanan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Man Utd, David Gill mengumumkan bahawa kelab itu tidak akan menjual Rooney atas apa harga sekali pun.

Keputusan itu sekaligus melegaskan pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson yang turut menyifatkan perlawanan menentang Arsenal adalah persembahan terbaik Nani sejak dia menyertai Man Utd pada tahun 2007.

Nani yang menjaringkan gol pembukaan Utd turut memenangi anugerah "man of the match".

ARSENAL: Manuel Almunia, Bacary Sagna (Nicklas Bendtner, 72), Thomas Vermaelen, William Gallas, Gael Clichy, Cesc Fabregas, Tomas Rosicky (Emmanuel Eboue, 72), Samir Nasri, Pereira Neves Denilson (Theo Walcott, 61), Alexandre Song, Andrey Arshavin

MAN UTD: Edwin van der Sar, Patrice Evra, Wes Brown, Da Silva Rafael, Jonny Evans, J, Ji-Sung Park (Luis Antonio Valencia, 87), Michael Carrick, Luis Carlos Nani (Dimitar Berbatov, 89), Paul Scholes (Ryan Giggs, 71), Darren Fletcher, Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan