PAFA Bincang Tunggakan Gaji Pemain Februari Ini

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tunggakan gaji pemain pada mesyuarat majlisnya Februari depan, kata presidennya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya perkara itu merupakan isu lama yang akan menjadi agenda mesyuarat itu nanti.

"Kita mencari ruang dan masalah ini mesti ada jalan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jersi dan pengenalan skuad Seladang musim 2010 di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua pasukan negeri, Ahmad Shahrul Azhar, mengenai masalah pembayaran tunggakan gaji yang membelenggu kira-kira 15 pemain negeri.

Ahmad Shahrul turut mendakwa beliau dan rakan-rakan lain mendiamkan diri hampir setahun dengan harapan supaya ada inisiatif dari PAFA untuk melangsaikan segala hutang yang masih tertunggak.

Difahamkan PAFA berhutang hampir RM500,000 dengan bekas pemain dan pemain yang masih beraksi dengan pasukan negeri lain. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan