Masuk Tanpa Tiket: KAFA Akan Bincang Dengan Pengurusan Stadium

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berbincang dengan Pengurusan Perbadanan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini esok bagi menangani isu penonton menyelinap masuk stadium tanpa tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak musim akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, KAFA juga akan menekankan isu kelonggaran kawalan pintu masuk stadium setiap sesi perlawanan termasuk perlawanan persahabatan bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2010 ini.

"Kita akan mengadakan perjumpaan esok dengan pihak stadium bagi berbincang atau mengadakan postmortem mengenai kelemahan dalam mengendalikan perlawanan bola sepak itu supaya ia tidak berulang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tuan Hashim diminta mengulas mengenai saranan peminat bola sepak Kelantan agar KAFA menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lepas.

Mereka berpendapat kejadian itu mengecewakan kerana menidakkan hak penonton yang telah membeli tiket perlawanan.

Menurut Tuan Hashim, KAFA kerugian dianggarkan beribu-ribu ringgit kerana kejadian itu.

"Soalnya kita ingin mendapat penjelasan apa punca sebenar yang menyebabkan insiden itu boleh berlaku, kerana pintu utama itu biasanya hanya dibuka untuk kemudahan kenderaan pasukan keselamatan mengawal penonton dalam sesuatu perlawanan. "Sedangkan pada perlawanan persahabatan (malam itu), kita tidak menggunakan khidmat anggota polis berkenaan, kecuali ia diperlukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan