Johor Sasar Empat Tempat Teratas Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkeyakinan negeri ini mampu menempatkan dirinya di antara empat pasukan teratas di dalam Liga Super tahun depan dan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Naib Presiden 1 persatuan, Datuk Abdul Aziz Sapian yang juga merupakan pengurus pasukan berkata, PBNJ yang kini diterajui barisan kepimpinan yang baru mahu mengembalikan semula era kegemilangan bola sepak negeri Johor. Kepimpinan PBNJ kini diketuai Jais Sarday, yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

"Di bawah barisan kepimpinan PBNJ yang baru, kita mahu melihat bola sepak di Johor kembali kepada zaman kegemilangannya sebagaimana yang dicapainya ketika zaman 80-an dan 90-an," katanya.

Menurut Abdul Aziz, PBNJ turut mahu melihat Johor kembali menjadi apa yang disifatkannya sebagai 'kilang' yang menghasilkan ramai pemain bola sepak kebangsaan seperti ketika era kegemilangannya pada tahun 80-an dan 90-an.

Ketika era kegemilangannya pada tahun-tahun terbabit, Johor banyak menghasilkan pemain kebangsaan termasuk Dollah Salleh, Khalid Shahdan, Nasir Yusoff yang kini melatih Johor, Salehan Mat Som dan ramai lagi.

Mengenai persiapan pasukan bola sepak Johor yang akan bertanding di dalam TM Liga Malaysia tahun depan, beliau berkata, ia akan dibarisi pemain-pemain yang berkebolehan dan berpengalaman negara.

Katanya, pemain-pemain terbabit sama ada anak tempatan mahupun yang berasal daripada negeri-negeri lain sememangnya berpengalaman kerana pernah menyarung jersi pasukan yang bertanding di dalam Liga Super.

"Barisan pemain kita amat berpengalaman untuk berjaya di dalam saingan Liga Super dan pertandingan lain," katanya tentang pasukannya yang kini sedang giat menjalani latihan pusat di bawah kelolaan Nasir yang juga dikenali sebagai 'Professor'.

Semalam, pasukan Johor mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pahang yang dilatih oleh seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh di Mersing yang berkesudahan seri 1-1.

Pasukan Johor kata Abdul Aziz, juga dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Polis DiRaja Malaysia pada 27 Disember dan Melaka empat hari kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan