KAFA Perkenal Tiket Elektronik 'Touch N Go' Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memperkenalkan pembelian tiket secara elektronik "touch n go" kepada penonton bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-1V di sini musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata penggunaan kad elektronik itu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan kebocoran penonton yang memasuki stadium tanpa tiket yang sah.

Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan usaha KAFA meningkatkan pendapatan melalui penjualan tiket ke arah menjadikan 2010 sebagai "Tahun Bola Sepak Kelantan".

"Keputusan Pengurusan KAFA menggunakan tiket melalui sistem elektronik ini dianggap sebagai langkah berkesan dalam usaha membendung kebocoran penonton tanpa tiket, terutama yang menggunakan pintu masuk utama dan eksklusif di stadium," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem itu akan dimulakan menjelang perlawanan permulaan Piala FA musim depan pada 12 Januari.

Selain itu, katanya KAFA juga akan meningkatkan kempen menarik lebih ramai penaja membeli tiket di semua tempat duduk, serendah RM250 sehingga RM3,000 semusim.

Tuan Hashim berkata, selain untuk menarik lebih ramai penyokong memberi komitmen kepada skuad Red Warriors, langkah itu juga dapat menambahkan kutipan wang melalui tiket.

Tuan Hashim berkata, usaha yang dijalankan oleh KAFA itu mendapat kerjasama dengan pihak kerajaan negeri menerusi Perbadanan Stadium yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan