MU Menang Perlawanan ke-900 Bawah Bimbingan Ferguson

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Manchester United mengatasi Wolverhampton 3-0 dalam perlawanan yang ke- 900 di bawah Pengurus Alex Ferguson pada Liga Perdana pada Selasa.

Wayne Rooney, Antonio Valencia dan Nemanja Vidic yang menjaringkan gol kemenangan telah menempatkan pasukan itu di tangga kedua walaupun memiliki yang sama pada 37 mata tetapi perbezaan gol menyebabkan Chelsea terus berada di takhta liga pada 37 mata yang mendahului perlawanan kedua di Portsmouth pada awal pagi ini.

Aston Villa bagaimanapun naik ke tangga ketiga apabila menewaskan Sunderland 2-0, manakala Birmingham melonjak ke tangga keenam menumpaskan Blackburn 2-1 dan Bolton telah berjaya keluar dari zon bahaya apabila menang ke atas West Ham 3-1.

Ferguson bagaimanapun telah menjangka kemenangan anak buahnya apabila beliau memerhatikan pengurus pasukan lawan, Mich McCarthy membuat perubahan pasukannya 10 kali yang sebelum ini mengalahkan Tottenham pada hujung minggu lalu.

"Mereka telah menyukarkan kami, menekan setiap tendakan yang dibuat, menyerang pada setiap peluang yang ada.

"Saya fikir mereka telah bermain dengan baik. Ia tidak mengejutkan permainan yang ditunjukkan semasa menentang Burnley pada hujung minggu lalu. Sekali kita dapat bola, kami akan selesa," kata Ferguson, yang menerajui pasukan MU dari tahun 1986.

Pasukan itu terpaksa menanti sehingga minit ke-30 untuk United mengatasi Wolves apabila Rooney menjaringkan gol melalui penalti selepas Ronald Zubar mencetuskan kekecohan.

Tandukan Vidic dari Darron Gibson telah memberikan United gol yang kedua sebelum masa pertama tamat sebelum Valencia menjaringkan satu lagi gol kemudiannya.

Sementara Villa hanya ketinggalan lima mata di belakang United setelah menang di Sunderland. Emile Heskey telah meletakkan Villa dihadapan pada minit ke-24 selepas menerima hantaran James Milner.

Milner bagaimanapun mengakhiri kemenangan pada minit ke-61.

Birmingham pula mencatatkan sejarah apabila pertama kali memenangi perlawanan kelimanya berturut-turt dalam tempoh 36 tahun di St. Andrews.

Cameron Jerome meledakkan gol ke gawang Blackburn pada minit ke-12 dan tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama sementara kapten Blackburn, Ryan Nelsen lewat meyumbatkan gol saguhati.

"Memenangi perlawanan lima kali berturut-turut adalah menakjubkan.

"Saya cukup gembira apabila pasukan kami berada pada kedudukan ke enam teratas, tapi kami bangga dengan apa yang telah kami capai. Kami cukup bertuah," kata pengurus Brimingham Alex McLeish

Di Reebok Stadium pula, jaringan daripada Chung-Yong Lee, Ivan Klasnic dan Gary Cahill termeterai dengan tiga mata yang amat penting untuk Bolton mengerakkan pasukan Gary Megson terkeluar daripada tangga tiga teratas.

West Ham tetap hampa walaupun Alessandro Diamanti membuat jaringan pada minit ke-69. - AP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan