Riak Wajah K.Rajagopal Ceria, Steve Darby Muram

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Riak berbeza jelas terpancar di wajah dua jurulatih, K.Rajagobal dan Steve Darby sebaik skuad Malaysia menumpaskan juara bertahan, Thailand, 21 pada perlawanan akhir Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, di sini semalam.

Rajagobal, jurulatih kebangsaan Malaysia tampak tenang dalam ceria sementara Darby, jurulatih skuad bawah 23 tahun Thailand, muram selepas Malaysia memadamkan rekod cemerlang yang dipegang oleh skuad negara Gajah Putih itu, untuk layak ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA secara berturut-turut sejak 36 tahun lepas.

Pada sidang media selepas perlawanan, Rajagobal memberikan pujian kepada penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee, pemain gantian Mohamad Azmi Muslim dan S.Kunanlan serta keseluruhan pasukannya yang bekerja keras dalam misi "hidup dan mati" skuad itu, biarpun ketinggalan 01 pada minit ke-52, hasil jaringan Arthit Sunthorphit.

"Walaupun ketinggalan, anak buah saya terus berusaha mencari gol penyamaan. Kami sepatutnya menyelesaikan perlawanan ini pada separuh masa lagi menerusi tiga percubaan tetapi terpaksa menunggu minit ke81 untuk menyamakan kedudukan," katanya kepada pemberita.

Gol penyamaan dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom sementara gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89.

Menurutnya, di atas kertas, Thailand mempunyai kelebihan dari segi fizikal serta kelajuan tetapi semangat juang anak buahnya amat tinggi hari ini.

Pada perlawanan separuh akhir Isnin ini menentang Laos, Rajagobal berkata beliau berharap penyerangnya, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang sakit mata dapat sembuh bagi menguatkan jentera serangan Malaysia.

"Esok, saya hanya mengadakan latihan ringan dan merangka strategi bagi menentang pasukan tuan rumah, Laos pada Isnin," katanya.

Sementara itu, Darby, yang kelihatan sedih sepanjang sidang media itu berkata beliau bertanggungjawab di atas kekalahan itu.

Beliau berkata pasukannya berjaya mengawal permainan sepanjang 81 minit sehinggalah gol penyamaan oleh Mohd Nasriq yang 'membunuh' semangat pasukannya.

"Kami sungguh kecewa tetapi saya tidak menyalahkan pemainpemain saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan