Pasukan Bola Sepak ATM Ke Australia Sebagai Persiapan Hadapi Liga Malaysia 2010

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan empat perlawanan persahabatan di Perth, Australia sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2010 mulai Januari depan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata skuad 25 pemain bimbingan jurulatih Mohd Razali Alias itu akan berlepas ke Perth pada Isnin ini "Mereka akan berada di Perth sekurang-kurangnya 11 hari sehingga 24 Disember ini bagi menghadapi empat perlawanan persahabatan itu sekali gus bagi membiasakan diri bermain dengan pasukan-pasukan luar negara," katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan pasukan itu di padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Ahmad Zahid berkata beliau yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan, barisan jurulatih dan pemain-pemain untuk sekurang-kurangnya memenangi satu kejuaraan pada musim 2010.

"Kalau boleh kita mahu menjuarai semua kejohanan yang disertai namun kita tetap bersyukur jika berjaya mencapai satu daripadanya," katanya.

Beliau turut menegaskan jika pasukan itu gagal memenangi sebarang kejuaraan pada musim depan, ia merupakan penyertaan pertama dan terakhir mereka di dalam pasukan ATM.

Pada musim 2010, ATM bakal menggunakan 14 pemain 'import' tempatan untuk mengukuh barisannya dalam penyertaan Liga Perdana, Piala FA serta Piala Malaysia.

Antara 14 pemain 'import' itu ialah Mohd Nasril Norudin, Ahmad Tarmizi Saiban, Chan Wing Hong, Danial Fadzly Abdullah, Mohd Nafuzi Zain, Muhammad Khalid Jamlus dan V.Saravanan.

Dalam saingan Liga Perdana musim ini, ATM sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan yang bertanding dengan rekod lima kemenangan, enam seri dan 13 kekalahan.

Bagi saingan Piala FA, skuad itu tumpas pada pusingan pertama selain mara sehingga pusingan kedua bagi Piala Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan