Owen Berantakan di Jerman; Kini Peluang Kembali Cerah Wakili England di Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MICHAEL OWEN yang tidak putus asa menyimpan angan-angan untuk ke Afrika Selatan bersama skuad kebangsaan England menjelang pusingan akhir Piala Dunia tahun depan, membuktikan sekali lagi bahawa dia masih yang terbaik.

Awal pagi ini, Owen meledakkan hatriknya yang pertama untuk Manchester United (Man Utd) menewaskan Wolfsburg 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Eropah.

Malah pengurus Man Utd, Sir Alex Ferguson pantas memberikan kredit kepada penyerang ‘simpanan’ nya itu dengan berkata; “Dia tetap penyerang paling merbahaya di dunia.”

Kata Ferguson lagi, tidak ada penyerang yang sehebat Owen apabila bercakap soal memposisikan diri dan melepaskan ledakan terakhirnya ke gawang lawan.

Prestasi hebat yang ditunjukkan Owen itu sekaligus membuka semula peluangnya untuk dipertimbangkan oleh Fabio Capello, pengurus England yang selama ini masih menyimpan perasaan was-was.

Dan Ferguson ketika ditanya wartawan sejurus selepas tamatnya perlawanan dengan juara Jerman itu, apakah beliau kini bersedia untuk meletakkan Owen pada barisan kesebelasan utama skuad Man Utd pada perlawanan seterusnya, pengurus itu dengan gembira berkata; “Itu sudah pasti...”

“Seorang pemain yang hebat akan menunjukkan kehebatan sebenarnya di atas padang dan itulah yang dilakukan Owen sepanjang perlawanan di Jerman,” kata Ferguson lagi.

Malah Ferguson tidak segan silu untuk menambah bahawa Owen sebenarnya telah berjaya meningkatkan kecergasannya pada setiap sesi latihan sejak menyertai Man Utd dari Newcastle tetapi malangnya dalam beberapa perlawanan, strategi yang digunakan ialah untuk bermain dengan hanya seorang penyerang tengah.

“Tetapi pada perlawanan malam ini (awal pagi waktu Malaysia), kami mengambil keputusan untuk mengubah kepada dua penyerang dan Owen telah membuktikan strategi yang kami gunakan berbaloi,” kata Ferguson lagi.

Kali terakhir Owen menjaringkan gol hatrik ialah ketika mewakili Liverpool beberapa musim dahulu. Penyerang itu kemudiannya berhijrah ke Real Madrid untuk satu musim sebelum memutuskan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama kelab Newcastle.

Bagaimanapun sepanjang berada di Newcastle, dia dibelenggu kecederaan yang berpanjangan sehinggalah Newcastle terjerumus ke Divisyen 1 musim ini. Owen yang telah tamat kontrak bersama Newcastle telah disambar secara percuma oleh Ferguson. Dan gol pertamanya bersama Man Utd ialah ketika menentang Malaysia pada pertandingan persahabatan Julai lalu yang menyaksikan Man Utd menang 3-2.

Bagaimanapun perlawanan dengan Wolfsburg merupakan satu kombinasi pasukan yang paling pelik yang pernah diturunkan oleh Ferguson.

Ini kerana Man Utd hanya bermain dengan tiga orang pemain pertahanan sahaja. Dan di antara ketiga-tiga pemain pertahanan itu, hanya Patrice Evra sahaja merupakan pemain pertahanan semulajadi Man Utd.

Dua lagi dibarisi oleh pemain tengah iaitu Darren Fletcher dan Michael Carrick.

Ferguson tidak dikenali sebagai seorang yang gemarkan formasi 3-5-2 tetapi menakjubkan beliau bersedia mengambil risiko itu.

Malah Carrick telah mempamerkan yang beliau mampu memikul satu peranan baru dengan penuh keyakinan iaitu sebagai seorang sweeper – sekaligus membuka mata Capello bahawa pemain tengahnya itu sebenarnya berpotensi untuk muncul sebagai pemain libero.

Dengan Tomasz Kuszczak, sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengantikan tempat Van Der Sar, Ferguson pada hakikatnya telah membariskan tujuh orang pemain tengah selain Fletcher dan Carrick.

Mereka ialah Darron Gibson, Park Ji-Sung, Luis Carlos Nani, Paul Scholes dan Luis de Abreu Anderson.

Tetapi jika diambil kira pemain-pemain gantian seperti Gabriel Obertan yang masuk mengantikan penyerang muda berusia 17 tahun Danny Welbeck dan Antonio Valencia yang masuk mengantikan Nani, maka keseluruhannya, Ferguson telah menggunakan khidmat sembilan pemain tengah pada perlawanan ini.

Ini kerana Obertan dan Valencia masing-masing adalah pemain sayap. Ini bukan sahaja satu keputusan yang berani malah menakjubkan.

Sementara itu, dalam satu lagi perkembangan yang berkaitan, Wolfsburg yang menamatkan saingan dalam Liga Juara-Juara di tempat ketiga dalam Kumpulan Man Utd ada kemungkinan besar akan berpeluang untuk mengiringi Man Utd ke pusingan kedua jika UEFA memutuskan untuk mengantung pasukan tempat kedua, CSKA Moscow.

Ini kerana dua pemain CSKA, Sergei Ignashevich dan Alexei Berezutsky, telah disahkan positif dadah ketika bermain menentang Man Utd di Old Trafford pada 3 November lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan