ESPN Dapat Kontrak Siaran Langsung Piala FA Inggeris

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ESPN - stesen televisyen sukan berbayar telah berjaya memperolehi hak eksklusif ke atas siaran langsung Piala FA Inggeris bermula musim depan setelah mencapai persetujuan dengan Persatuan Bolasepak Inggeris.

Kejayaan ESPN memperolehi hak siaran langsung itu dicapai pada saat-saat kegagalan rundingan antara FA Inggeris dengan stesen televisyen berbayar Setanta.

Setanta sebelum ini memperolehi hak siaran langsung ke atas perlawanan Piala FA iaitu piala kalah mati tertua di dunia selama empat tahun bernilai £150 juta tahun lepas.

Bagaimanapun, perjanjian empat tahun itu mula goyah sebaik sahaja Setanta menunjukkan tanda-tanda berhadapan dengan masalah pengurusan dan kewangan hanya selepas setahun.

Pihak FA Inggeris cuba untuk melanjutkan perbincangan dengan sebuah lagi stesen televisyen iaitu BBC, dengan harapan mereka dapat membina jambatan yang telah musnah apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif FA Brian Barwick mengenepikan BBC untuk menerima perjanjian bernilai £425 juta dengan ITV dan Setanta.

Bagaimanapun, memandangkan BBC telahpun mempunyai komitmen komersil dengan Formula Satu manakala ITV pula dibimbangi akan berkongsi hak penyiaran itu bersama pesaing yang lain, pihak FA telah membuat keputusan untuk memilih ESPN.

Tawaran ESPN ditafsirkan 60% lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh BBC.

Sementara menunggu perjanjian dengan ESPN berkuatkuasa musim hadapan, perlawanan Piala FA bagi musim ini akan disiarkan secara langsung oleh ITV.

Adalah difahamkan, mulai musim hadapan juga, jumlah siaran langsung perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris yang akan disiarkan menerusi ESPN ialah 23 perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan