Malaysia Tewas 13 Kepada Vietnam

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Malaysia mengulangi sejarah dua tahun lepas di Korat selepas tewas kepada Vietnam 13 pada perlawanan keduanya dalam Kumpulan A bola sepak lelaki temasya Sukan SEA ke-25 di sini hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Laos, kesemua jaringan Vietnam diperolehi pada separuh masa pertama.

Pada edisi di Korat, Thailand, dua tahun lepas, Malaysia tewas kepada Vietnam dengan jumlah jaringan yang sama dan tersingkir di peringkat Kumpulan lagi.

Beberapa keputusan pengadil perlawanan, Kim Jong Hyeok dari Korea Selatan menyebabkan berlaku sedikit kekecohan diantara pemain-pemain Malaysia dan pengadil.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal yang berjaya menenangkan para pemain.

Malaysia yang turun dengan harapan besar untuk mencatat kemenangan ke atas Vietnam selepas selesa mengutip jaringan besar dengan membelasah Timor Leste 110 pada Rabu lepas, memulakan perlawanan dengan beberapa percubaan lemah terutama menerusi ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Di tengah-tengah kerancakan kedua-dua pasukan melakukan serangan, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-11 dan dijaringkan oleh Nguyen Cong Minh.

Penalti tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Phan Thanh Binh, tiga meter di luar kotak penalti, terkena tangan (hand ball) benteng Malaysia.

Tersentak dengan gol awal tersebut, Malaysia cuba untuk melakukan serangan balas tetapi larian laju pemain Vietnam serta benteng pertahanan yang kukuh menyebabkan bola banyak berlegar di kawasan Malaysia.

Pasukan lawan memperolehi gol kedua pada minit ke24 melalui Mai Tien Thanh yang melakukan larian solo, 20 meter di luar kotak penalti dan membolosi benteng Malaysia sebelum melepaskan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gawang Mohd Farizal Marlias. Seminit kemudian, Malaysia memperolehi gol saguhati selepas Vo Hoang Quang tertanduk bola ke gawang sendiri dalam perebutan di depan pintu golnya.

Vietnam memperolehi gol ketiga pada minit ke-43 menerusi jaringan Nguyen Trong Hoang selepas membolosi benteng pertahanan Malaysia, yang diketuai Mohd Sabree Mat Abu.

Menyedari ketumpulan penyerang, Rajagobal pada separuh masa kedua memasukkan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak serta mengukuhkan benteng dengan memasukkan K.Gurusamy dan S.Kunanlan bagi menggantikan Amar Rohidan, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Fakri Saarani.

Hasilnya Malaysia berjaya menyerap serangan bertali arus Vietnam dan mengelakkan gawang daripada terus dibolosi.

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talahan, Shafiq Rahim, Amar Rohidan (Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak), Ahmad Fakri Saarani (S.Kunanlal), Abdul Manaf Mamat K.Gurusamy), Badrol Bakhtiar, Mohamad Muslim Ahmad.

VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Quy Suu, Nguyen Trong Hoang (Nguyen Thai Duong), Mai Tien Thanh, Mai Xuan Hop, Tran Dinh Dong, Phan Thanh Binh (Hoang Dinh Tung), Pham Thanh Luong, Vo Hoang Quang, Nguyen Thanh Long Giang, Phan Thanh Hung (Chy Ngoc Anh). BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan