Bola Sepak: KSK Tambun Tulang Tarik Diri Daripada Liga Perdana 2010

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Naib juara Piala FAM, Kelab Sukan Komuniti (KSK) Tambun Tulang, hari ini menarik diri daripada saingan bola sepak Liga Perdana musim 2010 berikutan kesempitan sumber kewangan yang dihadapi oleh kelab tersebut.

Pengurus pasukan, Marzuki Sani berkata mereka tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil keputusan itu selepas gagal mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Perlis dan Kementerian Belia dan Sukan (KBs).

Katanya sumber kewangan kelab itu hanya bergantung kepada presiden kelab, Datuk Seri Shahidan Kassim namum bekas Menteri Besar Perlis itu juga perlu memberi komitmen kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

KL Pos Malaysia, juara Piala FAM dan KSK Tambun Tulang merupakan dua pasukan terbaik dari Liga FAM tahun ini dan dinaikkan ke Liga Perdana musim depan.

Marzuki berkata bajet kelab itu untuk musim depan ialah sebanyak RM1.5 juta namun jumlah itu tidak mencukupi untuk mengharungi kempen Liga Perdana dan sebaliknya akan hanya menyertai Liga FAM.

Sementara itu, Shahidan, yang ditemui di sini hari ini, berkata keputusan KSK Tambun Tulang itu dibuat dengan rasa amat sedih tetapi terpaksa dilakukan.

Beliau mengakui amat tertekan kerana terpaksa berhutang untuk membayar gaji pemain serta keputusan berundur dari Liga Perdana akan menyebabkan kelab itu kehilangan wang deposit sebanyak RM30,000 yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau mencadangkan supaya KBS mengambil KSK Tambun Tulang sebagai kelab angkat yang mana urusan kewangan dikendalikan oleh kementerian itu.

"Jangan anggap kelab dari kampung boleh dipinggirkan begitu sahaja tetapi kelab ini telah terpilih menyertai saingan Liga Perdana," katanya.

Shahidan juga berkata beliau bersedia melepaskan jawatan presiden kelab itu dan juga PFA jika ada pihak yang sanggup memikul tanggungjawab membiaya atau mencari sumber kewangan kepada pasukan dari negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan