Nik Aziz janji beri ganjaran jika Kelantan menang Piala Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak.

"Saya nak sebut Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang," katanya kepada pemberita selepas majlis sempena Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam pasukan "The Red Warriors" berjaya menewaskan Perlis 20 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini.

Beliau berkata sebagai komitmen pertama dalam penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan Kelantan, beliau sendiri telah memberikan RM5,000 kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Nik Abdul Aziz berkata sebuah stadium dengan keluasan tanah 10 hektar akan dibina di Tunjung, di sini.

"Cumanya kita sedang fikirkan sama ada kita nak bangunkan sendiri ataupun kita akan minta geran daripada kerajaan pusat," katanya.

Nik Aziz melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap penonton dan penyokong Kelantan yang melontar mercun serta mengibarkan bendera politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan melontar mercun itu membahayakan orang lain manakala sikap mengibarkan bendera parti politik itu tidak mencerminkan semangat kesukanan sebenar.

"Pergi sahaja tengok bola sudah la.. Kalau hendak pun kita takbir tidak payah buat perkara macam itu," katanya.

Beliau turut meminta pasukan Kelantan memantapkan stamina pemain di dalam perlawanan kerana daripada pemerhatiannya pemain Kelantan mudah terjatuh dan kurang bertenaga. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan