Kelantan terpaksa cari percaturan baru tanpa Indra Putra

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: "The Red Warriors" terpaksa akur untuk berlawan tanpa penyerang utamanya, Indra Putra Mahayuddin dalam pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Perlis nanti.

Malahan bagi jurulatih bolasepak Kelantan B.Sathianathan berkata pasukan itu terpaksa membuat percaturan baru dalam strategi permainan dengan Perlis nanti.

"Malam ini Indra Putra telah dilayangkan kad kuning ketika bermain di padang. Menurut peraturan jika sudah dua kali dilayangkan kad kuning pemain tidak dibenarkan beraksi untuk satu perlawanan.

"Tetapi saya tidak pasti lagi sama ada dua atau tiga kad kuning baru pemain tidak boleh bermain satu perlawanan. Hari ini saya akan periksa peraturan yang ada dalam Piala Malaysia ini," katanya kepada pemberita di sini lewat malam tadi.

Kelantan semalam menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.

Sathianathan bagaimanapun enggan mendedahkan strategi perlawanan itu.

Beliau juga masih belum berpuashati terhadap permainan pasukannya semalam dan menyifatkan pasukan Kijang bernasib baik memperoleh kemenangan malam tadi.

"Kita lihat pada waktu pertama permainan Perlis lebih menguasai permainan tapi kita bernasib baik dapat menyumbat dua gol," katanya.

Justeru beliau meluahkan rasa bimbangnya terhadap perlawanan dengan Perlis nanti kerana pastinya pasukan itu akan lebih bersiap sedia untuk memastikan kemenangan pasukan itu.

Sementara itu, jurulatih Perlis Irfan Bakti berkata beliau akan pastikan Perlis mempunyai peluang menang dengan mengatur strategi yang lebih mantap.

Sebagai pasukan yang sebelum ini menduduki tempat kedua dalam Piala Malaysia dulu, beliau berkata pasukannya lebih banyak gugup pada perlawanan malam tadi.

"Ada beberapa pemain saya gugup ditambah lagi dengan sokongan kuat penyokong Kelantan semacam saya berada di England, bersemangat sungguh penyokong Kelantan dan ia memberi tekanan kepada pasukan kami," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan