Kegagalan Kedah pertahan Piala Malaysia sudah diduga - Bola Sepak | mStar

Kegagalan Kedah pertahan Piala Malaysia sudah diduga

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kegagalan pasukan Kedah mempertahankan Piala Malaysia musim ini sudah diduga memandangkan beberapa masalah yang wujud dalam pasukan sejak awal lagi.

Beliau yang menyifatkan perkara itu satu perkara biasa dalam pertandingan bola sepak, berkata Kedah selaku juara bertahan dihimpit beberapa masalah seperti kecederaan penyerang utama dan gagal mendapatkan pemain pinjaman.

"Itu perkara biasa kerana pasukan yang hebat seperti England juga kalah. Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan dan saya langsung tidak kecewa," katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 265 penerima dari seluruh Kedah di sini semalam.

Menteri Besar Kedah itu berkata faktor tidak ada keserasian di kalangan pemain yang beraksi juga adalah punca kegagalan Kedah dan perkara utama yang harus dilakukan ialah melakukan bedah siasat supaya prestasi pasukan itu kembali menonjol untuk saingan musim depan.

Sementara itu, Azizan berkata dia juga masih menunggu memorandum yang ingin dihantar oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah kepadanya bagi mendesak supaya pengurusan diperkemaskan dan beliau mengalualukan sebarang cadangan untuk kebaikan semua pihak.

Kedah selaku juara bertahan Piala Malaysia yang memenangi piala itu dua musim berturutturut gagal mara ke peringkat suku akhir musim ini apabila sekadar mencatatkan 10 mata daripada enam perlawanan dan gagal menjadi tiga naib juara terbaik peringkat kumpulan yang membolehkan mereka layak ke peringkat suku akhir. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan