Perlis dan Kuala Muda Naza isi slot terakhir ke suku akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlis dan Kuala Muda Naza menjadi pasukan terakhir yang berjaya mengisi dua slot terakhir ke peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila masing-masing mencapai kemenangan pada perlawanan malam semalam.

Sementara itu kebangkitan pasukan Kedah pada saat akhir dengan menumpaskan Pulau Pinang 4-0 malam semalam, gagal membawa juara bertahan Piala Malaysia pada musim lalu itu ke peringkat suku akhir musim ini.

Pasukan Perlis layak ke pusingan suku akhir setelah berjaya mengumpul 13 mata selepas mencatat kemenangan 1-0 keatas KL Plus di Stadium Cheras selepas enam perlawanan peringkat kumpulan A.

Manakala slot kedua ke pusingan suku akhir berjaya diisi oleh Kuala Muda Naza apabila pasukan itu berjaya menambah mata kemenangan kepada 12 mata setelah menang tipis 3-2 kepada pendahulu kumpulan D, Selangor.

Pasukan Negeri Sembilan berjaya mengukuhkan pada kedudukan teratas kumpulan B apabila menewaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Pasukan Kelantan yang juga layak ke peringkat suku akhir pada perlawanan lepas, berpesta gol malam ini apabila berjaya membelasah pasukan ATM 5-0, dalam perlawanan di tempat sendiri.

Pasukan Johor FC seri 1-1 kepada pasukan Perak dan pasukan PDRM turut seri 2-2 dengan pasukan Sabah.

Sementara itu pasukan Pahang menang 6-0 menewaskan Melaka dan Pasukan UPB My Team pula menang 3-1 kepada pasukan Kuala Lumpur.

Sebelum ini pasukan KL Plus, Negeri Sembilan dan Selangor mengiringi Kelantan ke peringkat suku akhir selepas masing-masing berjaya mencipta kemenangan pada perlawanan kelima Sabtu lepas. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan