Pemain Kelantan terima bonus RM52,000 layak ke suku akhir

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pemain Kelantan hari ini menerima "durian runtuh" daripada majikan mereka, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang menghadiahkan bonus sebanyak RM52,000 sebagai melunaskan janji jika pasukan itu layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Pemberian bonus itu diserahkan sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada kapten pasukan "The Red Warriors", Indra Putra Mahayuddin bagi mewakili seluruh pemain pasukan itu.

Turut hadir menyaksikan penyerahan cek itu ialah pemain Mohd Norfarhan Mohamad dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Annuar berkata cek bayaran itu akan dapat ditunaikan minggu ini juga sebagai perangsang sebelum pasukan itu menentang KL Plus di Cheras, minggu depan dalam saingan suku akhir itu.

"Ini sebagai hadiah kepada pemain yang berjaya merealisasikan hasrat KAFA untuk melihat pasukan mara ke suku akhir dan sebagai janji kami, bonus sebanyak ini akan diagihkan kepada mereka. "Kita mahu pemain bermain bermati-matian untuk mara ke separuh akhir dan jika layak, bonus yang tidak kurang daripada jumlah ini juga bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata semangat pemain kini ditahap tinggi untuk layak ke separuh akhir dan jika boleh untuk ke perlawanan akhir.

Annuar berkata pada pertemuan kedua menentang KL Plus pada peringkat suku akhir di Stadium Sultan Muhammed KeIV di sini, harga tiket akan dinaikkan antara RM2 bagi tempat terbuka dan RM5 bagi tempat berbumbung sebagai derma peminat kepada Tabung Gempa Bumi di Padang.

"Ia bukan sekadar bagi menyokong pasukan tetapi untuk membantu rakyat di Padang, Indonesia yang sedang menghadapi kesulitan akibat gempa bumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata manamana pasukan kelab dan negeri yang bercadang untuk menarik diri menyertai Liga Malaysia musim depan supaya tidak berbuat demikian demi semangat kesukanan.

Beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membantu pasukan yang menghadapi masalah kewangan agar mereka terus bersaing bagi saingan liga itu musim depan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan