Selangor buru piala kelima tahun ini

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Selangor kini bersedia sepenuhnya untuk memburu trofi kelima tahun ini apabila menentang skuad kebangsaan Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor di Stadium Jalan Besar di sini hari ini.

Jurulatihnya K. Devan berkata beliau akan menurunkan barisan terkuat seperti ketika bersaing dalam Liga Malaysia bagi mempertahankan kejuaraan pasukan Red Giants itu.

Pada aksi di Stadium Shah Alam tahun lepas, Selangor memenangi perlawanan itu melalui sepakan penalti 43 setelah terikat 2-2 pada masa permainan sebenar.

"Walaupun pemain agak keletihan tapi kita tetap fokus untuk memulihkan fizikal mereka dengan masa yang terhad (sehari selepas bertemu pasukan Kuala Muda Naza (KM Naza)," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pemain Selangor sebelum ini telah mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan D saingan Piala Malaysia dalam tempoh tujuh hari.

Devan berkata jika pemain keletihan, mereka mudah terlupa gaya permainan sebenar dan sukar menjaringkan gol.

Perlawanan ini juga boleh dianggap sebagai kayu pengukur kemampuan pemain menentang pemain dari Singapura, yang diambil menjadi warga negara oleh republik itu dari pelbagai negara.

Singapura yang dibimbing jurulatih Radojko Avramovic bakal menurunkan pemain seperti Agu Casmir (Nigeria), Aleksandar Duric (Yugoslavia), John Wilkinson (England), Daniel Bennett (England) selain beberapa bintang tempatan seperti Indra Shahdan, Juma'at Jantan dan Fazrul Nawaz.

Selain itu, mereka bakal diperkuatkan dengan dua pemain import yang bukan warga negara iaitu Gabriel Obadin dari Nigeria dan Para Tae Won dari Korea Selatan.

Namun, ia bukanlah dilihat sebagai penghalang kepada Selangor pada musim ini setelah memenangi Piala FA, Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super dalam kempen Liga Malaysia.

Mereka turut memenangi edisi pertama Piala Selangor apabila menumpaskan kelab Indonesia, Persib Bandung dengan jaringan 2-1 di Stadium Shah Alam pada 31 Julai lepas.

Piala Sultan Selangor dipertandingkan mulai 2001 dan diilhamkan sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia dipertandingkan setiap tahun (kecuali 2002) dengan Selangor telah berjaya memenangi lima daripada lapan kejohanan iaitu pada 2001, 2003, 2004, 2005 dan 2008.

Malam hari ini akan dimulakan dengan pertemuan pasukan veteran kedua-dua negara yang menyaksikan Selangor menurunkan pemain seperti Azlan Johar, Zainal Abidin Hassan, Yap Kam Choon, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Santokh Singh dan Dollah Salleh.

Namanama seperti Fandi Ahmad, Dollah Kassim, Abdullah Noor, Ishak Saad, Samad Allapitchay dan Roy Krishnan pula akan menggalas cabaran veteran Singapura setelah tewas kepada veteran Selangor tahun lepas.

Hampir 1,500 penyokong fanatik Selangor dijangka hadir memberikan sokongan selain turut disaksikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Presiden Singapura S.R Nathan.

Perlawanan veteran akan bermula pada pukul 6.15 petang ini diikuti perlawanan kejohanan pada pukul 7.30 malam ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan