Piala Malaysia: Perlis gagal kekal di tangga teratas kumpulan

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kedah serta pendahulu kumpulan Perlis dan Johor FC gagal mengekalkan corak kemenangan apabila tewas kepada lawan masing-masing pada perlawanan kumpulan Piala Malaysia semalam.

Perlis gagal mempertahankan kedudukan dalam Kumpulan A apabila tewas 21 kepada KL Plus, sekaligus menyerahkan kedudukan sebagai pendahulu kepada pasukan dari Lembah Klang itu.

Dalam pada itu, biarpun tewas 0-2 kepada Perak, pendahulu Kumpulan C, Johor FC masih kekal di tangga teratas kumpulan dengan kelebihan jaringan berbanding Perak.

Bagaimanapun, nasib juara bertahan Kedah terus dirundung malang apabila menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan E selepas tewas 01 di tangan Pulau Pinang, sekaligus menyukarkan laluan ke peringkat suku akhir.

Pada pertemuan antara Perlis dan KL PLus di Stadium Utama, Kangar, pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi Azi Shahril Azmi pada minit ke-70.

Bagaimanapun, Norhafiz Zamani Misbah menghancurkan harapan Perlis serta membawa pasukan KL PLus ke tangga teratas kumpulan apabila menghasilkan dua jaringan pada minit ke-74 dan 86.

Kemenangan itu membolehkan KL Plus mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan berbanding enam mata yang dimiliki oleh Perlis.

Di MELAKA, tuan rumah berkongsi mata dengan Pahang selepas seri 3-3.

Gol Melaka di jaringkan oleh Mohd Fauzzi Kassim (minit pertama, min ke-82) dan Mohd Hanafiah Abu (min ke-19) sementara gol Pahang dijaringkan oleh Mohd Azamudin Md Akil (min ke-27), Abdul Rahman Abd Kadir (min ke-50 dan 72).

Di KUALA TERENGGANU, Negeri Sembilan terus menerajui kumpulan B selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasirudin.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak menerusi sepakan penalti pada minit ke-28.

Di KUCHING, Sarawak yang mendahului lawan dengan jaringan awal akhirnya akur dengan kehebatan Johor apabila tumpas 1-4 di Stadium Negeri Petra Jaya.

Walaupun Sarawak mendahului melalui jaringan Mohd Hadera Bakri pada minit ke-17 namun pasukan pelawat ternyata lebih menguasai perlawanan.

Gol pasukan pelawat dijaringkan melalui dua sepakan penalti iaitu pada minit ke-29 dan minit ke-57 masing-masing oleh Mohd Khairul Ismail dan Azrine Affendy Saduddin manakala dua lagi gol berjaya dijaringkan oleh Mohd Siful Nizam minit ke-70 dan D. Yosri pada minit ke-71.

Di SABAH, perlawanan tunggal Kumpulan D, Sabah mencatat kemenangan pertama daripada tiga perlawanan selepas menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2-0 di Kompleks Sukan Tawau.

Gol pembukaan Sabah dijaringkan oleh Zaykiel Leong pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Mohd Farid Saibun menambah jaringan pada minit ke-86.

Di ALOR SETAR, Kedah terus longlai apabila tewas 01 kepada Pulau Pinang pada perlawanan di Stadium Darul Aman.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pada minit ke64 hasil sepakan percuma yang disempurnakan oleh Mohd Rafiuddin Roddin. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan