Ekuestrian: Peluang Haris semakin cerah dinobat juara keseluruhan Dressage

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penunggang muda negara Haris Zulhkiple meneruskan persembahan cemerlang dalam acara Dressage selepas merangkul empat gelaran dalam Siri Kedua Piala Perdana di Taman Ekuestrian, Putrajaya, semalam.

Haris, yang mengungguli pusingan awal Kumpulan B Kelas 47 dan Kumpulan B Novis Kelas 49 Khamis lalu dan pusingan awal Kumpulan B Kelas 54 semalam, menambah gelaran keempat dalam acara pusingan awal Kumpulan C Kelas 60.

Pelumba muda berusia 20 tahun itu memperoleh 65.455 mata untuk mengatasi Datin Noriah Ibrahim yang mendapat 55.227 mata.

Pencapaian itu memberi harapan cerah kepada Haris, yang menunggang kuda "Rosemary", untuk muncul juara keseluruhan acara Dressage dalam siri kedua itu.

Sementara itu, dalam acara "Accelerator Kelas 79, Alex Maurer, yang menunggang kuda "Lord Lester", menewaskan dua penunggang Izry Razali dan Handry Mewengkang selepas memenangi 'jumpoff' untuk menjuarai acara itu.

Maurer menamatkan pusingan dengan masa 79.86 saat sementara Izry, yang menunggang 'Cookies n Cream' di tempat kedua dengan masa 84.87s dan Mewengkang di tempat ketiga dengan kudanya "Our Sammy".

Hari ini, tiga acara kemuncak akan dipertandingkan dalam kategori 'showjumping' terutamanya 'Champions Cup', 'Masters Cup' dan 'Medieval Cup", yang akan menampilkan penunggang handalan negara seperti Qabil Ambak, Quzier Ambak, Nabil Ismail dan Andika Jamalluddin.

Keputusan Dressage:

Kelas 58, Preparatory 3:

1. Isabelle Steele (RL) 'Super Force' 57.500 mata;

2. Abdul Hadi Muzaffar Naratius (TEP) 'Eva' 54.500.

Kelas 59, Pusingan Awal Kumpulan A (1D):

1. Cheyenna Benta (BKEC) 'Iliade de Balme' 65.227;

2. Lisa Stoddart (AEDs) 'Indiana' 63.409;

3. Natalya Wah Idris (BKEC) 'My Wish' 63.182.

Kelas 60, Pusingan Awal Kumpulan B (1C):

1. Haris Zulhkiple (BKEC) 'Rosemary' 65.455;

2. Datin Noriah (BKEC) 'Lucky Bamboo' 55.227;

3. Nur Sabrina Azman (AEDs) 'Monty' 53.409.

Kelas 63, Lanjutan 5B:

1. Eva Frantzich (Fricco Enshoj) 61.382;

2. Franchesca Liauw (Toftegardens Lobbi) 61.138.

Keputusan Showjumping:

Kelas 78, Pertandingan 101:

1. Praveen Nair (AEDs) 'Commander Cricket' 78.65s;

2. Jefri Shahrom (MAFEC) 'Harold Star' 78.71s;

3. Simon Kok (PTC) 'Alfie' 80.82s.

Kelas 79, Amateur Accelerator:

1. Alex Maurer (RL) 'Lord Lester' 79.86s;

2. Izry Razali (BKEC) 'Cookies n Cream' 84.87s;

3. Handry Mewengkang (BKEC) 'Our Sammy' 79.32sec

Kelas 81, Champions' Velocity:

1. Lars Bak Anderson (BKEC) 72.01s;

2. Mohd Faiz Hanuar (MSM) 'Khalif' 78.12s.

Kelas 82, Rapid Master:

1. Akkara Konglapamnauy Thai) 'Thaiairways Celine' 85.04s;

2. Syamri Santaroena (TEP) 'ARL Lynkern Mr. Sinclair' 81.40s;

3. Nabil Ismail (MSM) 'Urgola' 95.56s. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan