Harimau Muda juarai Liga Perdana

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Skuad Harimau Muda berjaya mengetepikan saingan terdekat TTeam untuk menjuarai Liga Perdana setelah menewaskan Kuala Lumpur 21 pada perlawanan terakhir liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Kemenangan ini membolehkan Harimau Muda mengumpul 62 mata daripada 20 kemenangan sekaligus menafikan hasrat T-Team untuk bergelar juara apabila kelab dari Terengganu itu hanya seri 11 dengan Shahzan Muda di Kuantan.

Pada perlawanan di Bukit Jalil itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee membuka jaringan pada minit ke32 melalui Fandi Othman sebelum Kuala Lumpur membalas melalui Azwan Abd Malik pada minit ke50 namun gol kemenangan akhirnya hadir pada minit ke83 melalui Wan Zack Haikal.

TTeam pula terpaksa akur di tempat kedua apabila seri 11 dengan Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur, Kuantan dengan Mohd Harris Safwan Md Kamal meledek gol penyamaan pada minit ke-60 setelah tuan rumah mendahului melalui Azizul Kamaluddin seawal minit ke-10 permainan.

Namun TTeam boleh berbangga kerana menurut beberapa laporan media, hadiah kejuaraan Liga Perdana yang berjumlah RM200,000 menjadi milik mereka kerana Harimau Muda merupakan pasukan jemputan.

Selain penyerang T-Team, Mohd Harris turut muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 24 gol.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Johor berjaya menduduki tangga ketiga selepas menumpaskan Proton FC 20.

Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke24 pula membantu pasukannya, Felda United menang 10 ke atas Melaka di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dua pasukan terbawah pula diduduki oleh Sarawak dan SDM Kepala Batas yang masingmasing mengumpul 15 dan 7 mata.

Keputusan dua pasukan yang naik ke Liga Super dan dua pasukan yang turun ke Piala FAM bagi musim depan akan hanya diketahui dalam masa terdekat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan format baru pertandingan musim depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan