Bola Sepak Liga Super: Terengganu kalahkan Kedah KM Naza 2-0

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengalahkan Kedah KM Naza 2-0 pada pertandingan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.

Perlawanan itu sepatutnya berlangsung malam kelmarin tetapi ditunda ke semalam berikutan padang digenangi air akibat hujan lebat.

Terengganu membuka jaringan seawal minit ke-19 separuh masa pertama apabila Manaf Mamat yang terlepas dari kawalan melepaskan rembatan kencang dan gagal diselamatkan penjaga gol Kedah KM Naza Azizon Abdul Kadir.

Md Ashaari Shamsudin kemudian mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-33.

Kedah KM Naza melepaskan beberapa peluang pada separuh masa kedua apabila tendangan pemain hadapan pasukan itu tidak menepati sasaran dan gagal membolosi pintu gol Terengganu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan