Gergasi Merah berusaha rampas juara Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persaingan untuk merebut juara Liga Super semakin hangat selepas Selangor merampas kembali kedudukan teratas dari Perlis setelah Gergasi Merah itu menang 41 menentang Johor FC di Stadium Shah Alam semalam. Selangor membuka mata jaringan menerusi kapten Mohd Amri Yahya pada minit ke-12 sebelum pemain Johor FC Eddy Helmi Abdul Manan menyamakan kedudukan dari tendangan penalti pada minit ke-42.

Namun, pemain hadapan Gergasi Merah Mohd Safee Sali memberikan kedudukan hadapan kepada pasukan tuan rumah bila beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke-51. Pada separuh masa kedua, kedudukan Selangor semakin kukuh bila pemain hadapan R. Surendran meluaskan lagi jurang perbezaan mata dengan dua lagi gol pada minit ke-58 dan ke-59, dan kedudukan 41 berterusan hingga tamat permainan.

Dengan kemenangan itu, Selangor mengutip 47 mata dengan itu merampas kembali kedudukan teratas daripada Perlis yang tidak beraksi semalam.

Bagaimanapun, Perlis akan menjadi tuan rumah pada perlawanan dengan Selangor Sabtu ini (27 Julai) di Stadium Utama, Kangar.

Dalam pada itu finalis FA Kelantan merangkul tempat ketiga setelah merampasnya daripada johan bertahan Kedah yang keluar negara menyertai perlawanan pusingan kedua Piala AFC menentang Becamex Binh Duong di Vietnam.

Kelantan mendapat kemenangan tiga mata bila mereka menumpaskan Polis 40 di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baharu.

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Ailim Fahmi (min ke-7), Indra Putra Mahayuddin (ke-45) dan Mohd Khalid Jamlus (ke-63 dan ke-80).

Di Stadium Ipoh, Perak mengatasi Negeri Sembilan 2-0.

Akibat hujan lebat, perlawanan antara Pahang dan UPBMyTeam di Stadium Darulmakmur dihentikan pada minit ke-74 dan diadakan semula selepas sejam.

UPBMyTeam menang 31.

Di Kuala Terengganu, satu lagi perlawanan antara Terengganu dan Kuala Muda NAZA ditunda ke esok akibat hujan lebat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan