Presiden FAM mahu format Liga Malaysia dikaji semula

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah hari ini mahu supaya format pertandingan Liga Malaysia dikaji semula.

Baginda menggesa Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang diketuai Naib Presiden Datuk Che Mat Jusoh agar meneliti format pertandingan sedia ada dan jika perlu mengubahnya agar format baru pertandingan mampu menarik minat dan mendapat sambutan peminat bola sepak tempatan.

"Jika perlu bilangan pasukan yang menyertai pertandingan itu dihadkan kepada pasukan yang hanya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh," titah baginda pada Kongres FAM ke-46 di sini hari ini.

Teks ucapan Sultan Ahmad Shah dibacakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.

Baginda juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab terutamanya berhubung dengan masalah kewangan.

Ketika mengulas lanjut pada sidang media selepas itu, Redzuan berkata, JKPT diberi tempoh selama tiga bulan bagi melaksanakan tugas berkenaan.

"Jawatankuasa itu ditugaskan untuk mengkaji sama ada format pertandingan yang sedia ada membebankan terutama dari segi kewangan dan mengesyorkan cadangan baru kepada jawatankuasa eksekutif FAM," katanya.

Redzuan berkata, jika perubahan drastik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan maka ia perlu dilakukan.

"Kita lihat Myanmar yang baru sahaja melaksanakan liga profesional mereka, dengan sejumlah pasukan yang kecil dan setiap pasukan itu disokong firma-firma yang besar.

"Seluruh pemain bola sepak di negara itu berlumbalumba untuk bermain di liga itu. Situasi seumpama itulah yang perlu kita wujudkan di dalam liga di negara ini," katanya.

Tahun lepas, FAM telah melaksanakan satu langkah drastik dengan melarang semua pasukan negeri di dalam liga tempatan daripada menggunakan khidmat pemain import bermula tahun ini bagi meningkatkan mutu pemain tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan