Skuad bawah 23 kebangsaan tumpaskan Indonesia 1-0

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Kebangsaan bawah 23 tahun, Mohd Aidil Zafuan (kiri) dan K. Gurusamy (kanan) mengawal ketat penyerang Indonesia U-23, Yongki Ariwibowo pada perlawanan persahabatan kedua-dua negara di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam. Pada perlawanan itu Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan pungutan mata 1-0. --fotoBERNAMA
PEMAIN Kebangsaan bawah 23 tahun, Mohd Aidil Zafuan (kiri) dan K. Gurusamy (kanan) mengawal ketat penyerang Indonesia U-23, Yongki Ariwibowo pada perlawanan persahabatan kedua-dua negara di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam. Pada perlawanan itu Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan pungutan mata 1-0. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 tahun kebangsaan menewaskan skuad bawah 23 tahun Indonesia 1-0 pada satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu.

Jaringan tunggal Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-41 melalui rembatan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol lawan, Frenky Irawan sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad bimbingan K. Rajagobal itu.

Namun skuad bawah 23 tahun kebangsaan yang masih diuji oleh Rajagobal tetap dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan terutamanya melalui Mohd Shakir Md Ali yang mempunyai tiga peluang pada limit minit terakhir perlawanan namun gagal menewaskan Frenky.

Indonesia pula yang dibimbing jurulatih dari Uruguay, Cesar Payovich gagal menguasai permainan dengan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-80 melalui rembatan luar kotak penalti Lucky Wahyu Dwi Permana namun diselamatkan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Rajagobal yang ditemui selepas perlawanan berkata kemenangan itu adalah sesuatu yang penting terutamanya untuk moral pemain tetapi mereka masih perlu berkerja dengan lebih keras.

"Sebagai jurulatih saya juga gembira dengan persembahan terutamanya pemain-pemain muda yang berjaya mengikuti rentak permainan walaupun ia bukanlah satu perkara yang senang," katanya.

Pada perlawanan itu, Rajagobal melakukan lapan pertukaran pemain dan sesetengah daripadanya merupakan penampilan pertama mereka di peringkat antarabangsa seperti G.Mahathevan yang bermain untuk kelab Shahzan Muda.

"Saya memerlukan lebih banyak masa untuk menilai pemain-pemain baru kerana mereka ini merupakan tambahan kepada pemain-pemain sedia ada dalam pasukan seperti Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Zaquan Adha, Mohd Khyril Muhaymeen Zambri dan Amirulhadi Zainal.

"Apa yang saya perlukan sekarang adalah konsistensi daripada pemain-pemain ini yang pastinya akan membawa kebaikan kepada pasukan," katanya.

Beliau berkata keputusan akhir senarai pemain-pemain yang akan ke Sukan SEA Laos pada Disember ini hanya akan diputuskan dua bulan sebelum temasya sukan itu bermula.

"Pada Selasa ini, Liga Malaysia akan kembali bersambung dan dari situ saya akan melihat perkembangan pemain-pemain ini sebelum menghadapi Manchester United pada 18 Julai," katanya.

Perlawanan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu bagaimanapun menyaksikan dua insiden pergaduhan kecil membabitkan pemain kedua-dua pasukan namun pengadil R.Krishnan berjaya mengawal keadaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan