Shahzan Muda tewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Liga Perdana

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Shahzan Muda memperoleh tiga mata penuh selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur di sini, Sabtu malam.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-44 apabila hantaran Shahril Faizal Ahmad Sharif ke hadapan pintu gol pelawat berjaya disempurnakan oleh Abdul Rahman Abd Kadir.

Separuh masa kedua, pasukan pelawat menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan namun kekebalan pertahanan tuan rumah nyata sukar untuk dibolosi pemain Kuala Lumpur. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan