Tiada alasan kukuh, Annuar terlepas hukuman FAM

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketiadaan alasan kukuh untuk mensabitkan terhadap sebarang kesalahan memaksa Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melepaskan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, Ketua Jurulatih Perlis Irfan Bakti dan Ketua Jurulatih KL PLUS Mat Zan Mat Aris dengan hanya dikenakan amaran keras.

Pengerusi Lembaga Disiplin FAM Kamaruddin Abdullah berkata setelah bermesyuarat hampir empat jam pihaknya tidak dapat mensabitkan Annuar, Irfan dan Mat Zan dengan mana-mana kesalahan yang tertulis dalam peraturan tatatertib FAM.

"Saya minta selepas ini, jurulatih dan manamana Presiden persatuan dan kelab (bola sepak) berhatihati membuat kenyataan dan jangan pandang ringan peraturan FAM," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Disiplin FAM dekat sini semalam.

Annuar, Irfan dan Mat Zan masing-masing dihadapkan kepada Lembaga Disiplin FAM atas alasan memberi kenyataan tanpa kebenaran dan memberi kenyataan tidak tepat mengenai FAM beberapa bulan lepas.

"Apa yang kami risaukan apabila ada Presiden persatuan atau kelab (bola sepak) yang membuat kenyataan berhubung dasar atau polisi kita. Sebab memang termaktub dalam peraturan, mana-mana pihak yang tidak mempunyai kepentingan langsung tidak boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar dan polisi FAM," kata Kamaruddin.

Dalam perkembangan terbaru, pihak FAM meminta KAFA membayar denda RM100,000 atas insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

"Selepas meneliti semula peraturan tatatertib, kami akui tersilap menghukum Kelantan. Sepatutnya Kelantan hanya dikenakan denda RM100,000 bukan penggantungan stadium dan denda RM50,000," kata Kamaruddin.

Katanya disebabkan KAFA telah membayar RM50,000 untuk hukuman terdahulu, mereka hanya perlu membayar tambahan RM50,000 selain menunggu keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang akan memeriksa Stadium Sultan Muhammad KeIV tiga hari sebelum boleh dibenarkan untuk pertandingan liga tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan