Kejohanan Futsal ASEAN 2009: Indonesia belasah Malaysia 7-3

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima tamparan hebat pada saingan awal Kejohanan Futsal ASEAN 2009 apabila dibelasah 7-3 oleh Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam.

Kekalahan itu berpunca apabila Malaysia kehilangan dua penjaga gol Mohd Firdaus Razali dan penggantinya S. Devandran, yang dilayangkan kad merah, menyebabkan pasukan negara terpaksa bermain dengan empat pemain sahaja.

"Selepas dua penjaga gol dilayangkan kad merah, permainan kita bertabur sebab seorang pemain padang terpaksa menjaga pintu gol," kata pengurus pasukan Malaysia Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi.

Safar Mohamad menjaringkan dua gol dan Addie Azwan Zainal untuk pasukan negara.

Kekalahan ini bermakna Malaysia terpaksa bekerja keras mendapatkan mata penuh menentang Thailand dan Myanmar untuk layak ke separuh akhir.

Malaysia akan bertemu Thailand hari ini sebelum bertemu menentang Myanmar esok.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Thailand selesa membelasah Myanmar 16-6 untuk mendahului saingan kumpulan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan