Kedah atasi Pahang 3- 1 untuk lonjak di tangga keempat

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kedah memperbaiki kedudukan dalam saingan bola sepak Liga Super apabila menewaskan Pahang 31 pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Star, malam tadi.

Kejayaan Kedah itu membolehkan pasukan itu melonjak satu anak tangga di tempat keempat dengan mengumpul 25 mata, tiga mata di belakang pendahulu liga, Perlis.

Kedah memulakan rentak secara agresif untuk menguasai perlawanan dengan gerakan pantas ke kubu lawan sehingga berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke11 apabila Faizal Abu Bakar menguis bola masuk setelah menerima hantaran daripada Shafizan Hashim.

Kemaraan Kedah pada babak pertama kemudian bersambung melalui Shahrulnizam Mustapa yang merembat masuk gol dari dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Pahang Mohd Renezey Che Ros pada minit ke-28.

Pahang bagaimanapun sempat merapatkan jaringan menerusi Mohd Shahrizan Md Salleh yang berjaya meloloskan diri daripada barisan pertahanan Kedah sebelum merembat masuk bola pada minit ke-38.

Kedah menutup tirai jaringan pada minit ke-41 menerusi Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat masuk gol hasil daripada gerakan di sebelah kanan pintu gol pelawat.

Sementara itu, dStadium JCORP, Pasir Gudang, Johor Baharu, Johor FC mencatatkan kemenangan keenam dalam saingan liga apabila menumpaskan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 40.

Nurul Azuan Roya muncul wira pasukan Johor FC apabila menghasilkan dua gol pada minit ke-81 dan 89.

Terdahulu itu, Johor FC memulakan jaringan pada minit ke36 melalui tandukan Wan Rohaimi Hassan sebelum Saiful Sabtu menambah jaringan pada minit ke-46.

Johor FC kini menduduki tempat keenam dengan mengumpul 20 mata manakala PDRM tercorot di persada liga dengan hanya mengumpul satu mata selepas 13 perlawanan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan