MU turunkan pasukan utama bertemu Malaysia 18 Julai

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU) akan membariskan pasukan utama mereka dalam pertemuan dengan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 Julai depan. Promoter perlawanan Proevents International Sdn Bhd (Proevents) bagaimanapun berkata senarai penuh pemain yang akan datang bersama pengurus pasukan Sir Alex Ferguson akan diumumkan kemudian.

"Pasukan itu akan tiba di Kuala Lumpur sehari sebelum perlawanan dan dijangka berlaku banyak saingan untuk para peminat memenangi pas atau tiket bagi menyaksikan sesi latihan atau perlawanan berkenaan," kata Pengarah Urusan Proevents San Boon Wah di sini hari ini.

San berkata, Kuala Lumpur akan menjadi destinasi pertama skuad "Red Devils" dalam Jelajah Asia 2009 sebelum pergi ke Indonesia pada 20 Julai, Korea Selatan (24 Julai) dan dua hari selepas itu China.

"Bagi harga tiket, ia akan diumumkan dalam masa 10 hari dan antara RM50 hingga RM90," katanya.

San berkata, kedatangan pasukan itu ke Kuala Lumpur adalah sesuatu yang menarik kerana pasukan itu mempunyai penyokong yang ramai di Malaysia selain pendedahan di seluruh dunia dan disiarkan di hampir 400 juta kediaman.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan itu akan diadakan pada pukul 5.30 petang, atas permintaan skuad "Red Devils" itu.

"Kami menanti perlawanan itu kerana ia akan menjadi antara pendedahan terbaik bagi pasukan kebangsaan menentang pasukan berkualiti seperti MU," katanya.

Azzuddin berkata, senarai pemain yang mewakili pasukan kebangsaan akan diumumkan dan diputuskan oleh jurulatih kebangsaan K. Rajagobal tetapi FAM menjanjikan perlawanan itu berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.

"Rajagopal akan mempunyai masa sekurang-kurangnya 10 hari untuk latihan bagi memilih pemain terbaik dan kami telah menjadualkan semula beberapa perlawanan Liga Malaysia," katanya.

Jelajah kali ini merupakan lawatan kali keempat juara Piala Carling dan Piala Kelab Dunia itu ke Malaysia selepas 1991 dan 1995 serta 2001 di mana mereka membelasah pasukan Malaysia 6-0. Pada Julai 2007, perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan berikutan tarikh perlawanan bertembung dengan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kuala Lumpur merupakan antara empat negara tuan rumah bersama bagi Piala AFC. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan