Mental pemain tempatan lemah?

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA
PEMAIN Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Walaupun barisan pemain Selangor dan Kelantan berjaya mengharungi 120 minit permainan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, masih terdapat kekurangan dari segi ketahanan mental di kalangan pemain tempatan.

Hakikat itu terpaksa dilalui oleh kedua-dua jurulatih iaitu K.Devan (Selangor) dan Peter James Butler (Kelantan) yang berdepan dengan 'kerenah' pemain yang 'segan' untuk mengambil sepakan penalti setelah kedudukan terikat 11 sama selepas masa tambahan 30 minit.

"Kebanyakan pemain Selangor tidak berkeyakinan untuk mengambil sepakan penalti yang pertama ketika saya bertanya siapa yang mahu mengambilnya," kata Devan kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Devan berkata tonggak pertahanan, Khairul Anuar Baharum akhirnya menawarkan diri untuk mengambilnya, mungkin kerana pengalaman yang telah dimilikinya selama ini.

"Kita bukannya tidak menjalani latihan malah sejak saingan suku akhir lagi pemain-pemain menjalani sesi latihan sepakan penalti termasuklah pada sesi latihan terakhir," katanya.

Rakan sejawat Devan dari Kelantan, Butler juga menghadapi masalah sama kerana sesetengah pemain mengelak untuk mengambil sepakan penalti walaupun telah menjalani latihan sebelum ini.

"Jadi dengan keadaan itu, apa peluang yang kami ada," katanya yang tetap berbangga dengan persembahan dan peningkatan yang ditunjukkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

Butler berkata pemain-pemainnya telah berjaya mengawal permainan tetapi melepaskan gol yang agak mudah kepada Selangor namun ia merupakan satu permulaan yang bagus buat mereka kerana pasukan lawan merupakan satu nama besar dalam arena bola sepak tempatan.

Devan juga bertindak memuji aksi pemain-pemainnya walaupun pada separuh masa pertama tidak begitu cemerlang namun beraksi sebaliknya apabila memasuki masa tambahan permainan.

"Saya juga tidak menjangka Kelantan bermain sangat bagus kerana kita beranggapan boleh menghabiskan permainan dalam masa permainan sebenar (90 minit)," katanya yang pernah membawa Negeri Sembilan memenangi Piala FA pada 2003.

Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 80,000 penyokong 'Red Giants' dan 'Red Warriors' itu, Selangor berjaya menewaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah keduadua pasukan terikat 11 sama selepas masa tambahan.

Kemenangan itu membolehkan Selangor menjulang Piala FA untuk kali kelima sejak 1990 malah yang lebih penting dan bermakna, mereka kini telah menempah tiket untuk beraksi pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan