Pasukan Arab Saudi bawah 16 tahun akan uji Remaja Melaysia

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Arab Saudi yang kini sibuk membuat persiapan untuk kejohanan bola sepak Belia Asia Oktober ini akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan remaja Malaysia dan beberapa kelab belia tempatan.

Ejen perlawanan FIFA Abdul Razak Abd Salab AlAbi berkata pasukan itu mengandungi 26 pemain di bawah 16 tahun yang dilahirkan melalui sistem liga tempatan Arab Saudi dan akademi bola sepak.

"Pasukan Arab Saudi itu percaya bahawa remaja Malaysia mempunyai kemahiran teknikal yang baik dan ini memberikan satu pendedahan yang baik kepada pemain mereka," kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama.

Cabaran mereka bermula semalam apabila bertemu pasukan bola sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB FC) bawah 18 tahun di Stadium Shah Alam.

Hari ini, pasukan itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Selangor PKNS bawah 18 tahun di Stadium Nasional Bukit Jalil (5 petang) sebelum berdepan dengan pasukan Malaysia bawah 16 tahun di stadium yang sama, esok.

Pasukan itu akan bertemu pasukan Malaysia bawah 17 tahun di Stadium Shah Alam pukul 4.45 petang, Isnin ini.

Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan yang terakhir menentang pasukan Malaysia bawah 15 tahun di Stadium MPSJ pada 29 April pukul 5 petang sebelum berlepas pulang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan