Liverpool ke Bangkok, Singapura Julai ini - Bola Sepak | mStar

Liverpool ke Bangkok, Singapura Julai ini

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand dan Singapura Julai ini dalam persiapan pramusim mereka menghadapi kempen EPL 2009-2010 dan lainlain kejohanan.

Dalam satu pengumuman, pasukan The Reds yang memenangi kejuraan EPL sebanyak 18 kali dan Liga Juara-Juara UEFA sebanyak lima kali, dilaporkan akan terbang terus dari kem latihan mereka di Switzerland untuk menentang pasukan kebangsaan Thailand pada 22 Julai dan pasukan Singapura pada 26 Julai.

"Kami mempunyai peminat yang fantastik di Thailand dan Singapura dan sudah tentu ia hebat untuk membawa semula para pemain kami ke sana," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan