Jawatan jurulatih kebangsaan masih kosong

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesyuarat anggota Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diadakan hari ini belum memutuskan calon bagi mengisi jawatan jurulatih kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diselaraskan sebelum pengumuman rasmi dapat dibuat.

"Sebenarnya kita telah menyenarai pendek tiga nama untuk jawatan itu namun individu terbabit masih berkecimpung secara aktif dengan salah sebuah pasukan negeri di dalam saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung," katanya pada sidang media di Wisma FAM petang ini.

Redzuan berkata masalah yang berbangkit dijangka dapat diselesaikan dalam masa dua minggu dan FAM akan menawarkan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun bagi beliau membentuk pasukan kebangsaan selain mengadakan beberapa perlawanan kelas 'A' bagi membaiki ranking.

"Jurulatih ini telah membawa kejayaan kepada pasukan berstatus negeri itu, jadi persatuan negeri enggan melepaskan beliau buat masa ini tapi kita akan berbincang dengan lebih lanjut," katanya.

Beberapa jurulatih tempatan sebelum ini dilaporkan akan mengisi jawatan itu seperti K.Devan (Selangor), Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda).

Jawatan jurulatih kebangsaan itu kosong setelah mesyuarat FAM pada 1 Feb lepas memutuskan untuk menamatkan kontrak jurulatih sebelum ini iaitu B.Sathianathan.

Bagi mengisi jawatan jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, mesyuarat terbabit yang dipengerusikan oleh Presidennya Sultan Ahmad Shah telah bersetuju untuk melantik K.Rajagopal bersama-sama dua pembantunya iaitu Tan Cheng Hoe dan Mohd Faozi Mukhlas.

"Rajagopal akan bertanggungjawab untuk membimbing skuad ini bagi menghadapi Sukan Sea di Laos (Disember), Piala Antara Benua (Julai) dan Pestabola Merdeka (Ogos)," katanya.

Redzuan berkata Rajagopal juga akan kekal selaku jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan (Harimau Muda) yang kini beraksi di dalam Liga Perdana.

"Kini terdapat sekurang-kurangnya lapan pemain daripada skuad kebangsaan lepas berumur bawah 23 tahun dan layak untuk bermain di Loas yang akan digabungkan dengan beberapa pemain skuad Harimau Muda," katanya.

Mengenai tindakan FAM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa individu sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan media, Redzuan berkata semua jurulatih dan pegawai persatuan negeri boleh melakukannya asalkan tidak menyentuh dasar badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Sementara itu, mesyuarat itu juga memutuskan kemenangan 3-0 KL Plus ke atas Kelantan ditarik balik setelah mesyuarat meneliti secara mendalam perkara itu.

FAM sebelum ini telah bertindak memberikan kemenangan percuma kepada KL Plus setelah mendakwa Kelantan gagal menyediakan gelanggang dengan sempurna pada perlawanan yang berlangsung pada 3 Januari lepas.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan Kongres FAM ke46 akan diadakan pada 21 Jun ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan