Liga Perdana: Kedah Sedia Gugur Tiga Pemain Import

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Helang Merah, Kedah bakal mengugurkan tiga daripada empat pemain importnya selepas mereka gagal mempamerkan aksi memuaskan sejak awal musim ini.

Sumber berkata, antara pemain yang mungkin digugurkan ialah Lawrence Olum (pertahanan) dari Kenya; Keith M Nah (penyerang dari Liberia) dan Chidi Edeh dari Nigeria yang merupakan penyerang utama pasukan tersebut.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bercita-cita untuk layak ke Liga Super pada tahun depan didakwa akan menggugurkan ketiga-tiga pemain terbabit selepas awang import baru didaftarkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kedah kini sedang melakukan pemilihan beberapa pemain import baru dan hampir setiap hari mereka diuji oleh Cheng Hoe.

"Pemain-pemain yang diuji terdiri daripada warga Itali, Brazil, Jepun, Australia, Hungary dan Cameroon. Terdapat dikalangan mereka yang berjaya memikat hati jurulatih dan akan ditawarkan kontrak.

"Bagaimanapun Kedah masih berusaha mendapatkan penyerang berkualiti yang mampu mengubah kedudukan pasukan itu selepas terkeluar daripada saingan Piala FA," katanya kepada mStar Online.

Sumber itu menambah, Kedah selain itu turut dihimpit dengan lambakan ejen pemain import yang mahu pasukan itu memberi ruang kepada pemain yang dibawa.

"Tetapi pengurusan kini lebih berhati-hati dan akan hanya menawarkan kontrak kepada pemain yang benar-benar mampu membawa perubahan kepada skuad itu.

"Pengurusan cuba mempelajari kesilapan yang dilakukan ketika menandatangani tiga import pada awal tahun ini gara-gara desakan ejen," dakwanya.




Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan