suria

Southampton umum tangguh pembayaran gaji

Kelab itu juga berkata mereka tidak akan menggunakan skim kerajaan untuk membayar gaji kakitangan. Foto: Getty Images

SOUTHAMPTON menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris pertama yang mengumumkan penangguhan sebahagian gaji pemain mereka, di tengah-tengah penularan Covid-19.

Selain pemain, pengurus Ralph Hasenhuttl dan kakitangan, serta lembaga pengarah turut menangguhkan gaji mereka bermula April hingga Jun.

Southampton berkata langkah itu akan "membantu melindungi masa depan kelab, kakitangan dan masyarakat setempat".

Kelab itu juga berkata mereka tidak akan menggunakan skim kerajaan untuk membayar gaji kakitangan.

Kelab Liga Perdana sebelum ini berkata mereka akan meminta pemain mengambil potongan gaji sebanyak 30% demi melindungi masa depan karier.

Pada Isnin, pemain Liga Perdana melancarkan inisiatif #PlayersTogether untuk menjana dan mengagihkan dana kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS). - BBC.Com

Southamptom, gaji, tangguh, Liga Perdana

Artikel Lain