suria

Ronaldo boleh kembali ke Real Madrid, Juventus mahu selamatkan kantung kelab

Ronaldo merupakan pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam aksi Serie A.

LAPORAN media Itali mendedahkan bahawa kelab Juventus bersedia untuk melepaskan pemain bintang Cristiano Ronaldo kembali ke kelab lamanya.

Juventus dikatakan bersetuju untuk menawarkan 50 juta paun kepada pemain Portugal itu jika kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat.

Penularan pandemik Covid-19 turut menjejas industri sukan dunia yang menyaksikan kelab kehilangan sumber kewangan sejak bulan lalu berikutan penangguhan liga.

Ronaldo merupakan pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam Serie A dengan 27.5 juta paun bagi satu musim, dan kontraknya sehingga 2022.

Bagaimana pun sebelum ini, semua pemain Juventus bersetuju membuat pemotongan gaji dan kelab berjaya mengumpul 80 juta paun untuk tempoh empat bulan.

Ronaldo sendiri bakal kehilangan lebih kurang 10 juta paun untuk tempoh beberapa bulan akan datang.- Dailymail.co.uk

Artikel Lain