suria

Stadium Maracana, Brazil bakal jadi hospital Covid-19

Stadium Maracana bakal digunakan sebagai hospital untuk pesakit Covid-19. Gambar hiasan/Foto Reuters

PELE, Zico, Garrincha, Romario, Ronaldo, Ronaldinho, Neymar antara nama besar dalam bola sepak yang pernah beraksi di Stadium Maracana, Brazil.

Pernah merekodkan 200,000 kehadiran penonton pada tahun 1950, Maracana merupakan stadium terbesar di Brazil dengan penganjuran Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Namun, stadium tersebut bakal menerima kehadiran ribuan pesakit Covid-19 untuk diberi rawatan.

Stadium berkenaan mempunyai kapasiti dengan 80,000 penonton.

Kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan sejak Selasa lalu bagi menempatkan pesakit kelak.

Walau bagaimanapun, pihak stadium tidak akan menggunakan padang bagi menjaga kualiti rumput namun kawasan di sekitarnya seperti trek balapan dan tempat parkir kereta akan diubahsuai menjadi hospital sementara.

Maracana bukan stadium pertama di Brazil yang diubahsuai penggunannya, sebelum ini Stadium Pacaembu yang terletak di Sao Paolo dan National Stadium in Brasilia  telah pun digunakan sebagai pusat rawatan kecemasan.

Sehingga kini, dianggarkan sebanyak 7,000 kes positif Covid-19 di Brazil dengan jumlah kematian mencecah 300 orang. - FourFourTwo

Maracana, stadium, hospital, Covid-19

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain