suria

Semua pemain akan dikuarantin, berjauhan dengan keluarga jika musim EPL disambung

Semua pemain dicadangkan dikuarantin bersama di sebuah hotel sebaik sahaja aksi liga EPL musim ini kembali disambung.

SEMUA pemain bola sepak dijangkan akan dikuarantin di sebuah hotel sebaik sahaja liga kembali berlangsung.

Semua liga bola sepak dunia ketika ini termasuka Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sekiranya idea itu menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan pemain-pemain akan tinggal berjauhan dengan keluarga sepanjang baki musim ini.

Liga Perdana dan EFL cuba menghabiskan musim ini dalam tempoh yang sepatutnya, 30 Jun bagi mengelak tindakan undang-undang berkaitan dengan kontrak bersama pemegang saham utama liga.

Musim ini yang ditangguhkan sejak awal bulan Mac dilihat tidak akan bermula 1 Mei ini, dan hanya kemungkinan pada Jun.

Malah jika liga kembali berlagsung, ia juga mungkin akan berlangsung secara tertutup – tanpa penyokong.

Secara teorinya, hidup pemain hanya berada di tempat latihan, stadium dan hote; - dan kesemua tempat ini perlu dibersihkan bagi minimumkan risiko jangkitan Covid-19.

Namun, pemain-pemain bakal berdepan dengan kecederaan otot sekiranya mereka beraksi tiga perlawanan dalam tempoh lima hari. -Dailymail.co.uk

EPL, Covid-19, Kuarantin

Artikel Lain