suria

Covid-19: Djokovic sumbang ventilator, ikut jejak Federer dan Nadal hulur bantuan

Djokovic bersama isterinya bakal menyumbang peralatan perubatan kepada hospital di Serbia.

BINTANG tenis dunia, Novak Djokovic dan isterinya Jelena menyumbang 890,000 paun (RM4.8 juta) untuk membeli ventilator serta peralatan perubatan yang lain untuk membenteras wabak Covid-19 di Serbia.

Pemain tenis No.1 dunia itu mendapat nasihat dan pandangan daripada ramai orang untuk mengetahui cara terbaik untuk menyalurkan bantuan.

“Malang sekali jumlah kes semakin meningkat.

“Saya, Jelena dan yayasan telah membuat keputusan bersama mengumpul maklumat minggu untuk mengenal pasti bentuk sumbangan yang paling berkesan – pengetahuan, masa, duit bagaimana ia boleh beri kesan besar kepada rakyat di Serbia.”

Djokovic akan membeli peralatan perubatan dari China dan Eropah.

“Melalui pak cik saya, Goran yang membuat hubungan pasaran di China, kami boleh terus mendapatkan maklumat tepat serta kuantiti dan boleh membuat sumbangan.

“Manakala ibu bapa saya ada hubungan baik di Eropah, terutamanya di Jerman.

”Selain itu, seorang lagi jaguh tenis dunia Roger Federer dan isterinya Mirka mendedahkan mereka telah menyumbang 862,000 paun (RM4.6 juta) bagi membantu golongan keluarga yang tidak bernasib baik di Switzerland, manakala Rafael Nadal dan bintang bola keranjang Sepanyol, Pau Gasol melancarkan kempen mengumpul derma 9.2 juta paun. – Dailymail.co.uk

Nojak Djokovic, Tenis, Covid-19

Artikel Lain