suria

“Tenis… selamat tinggal”, 'The Siberian Siren' Sharapova gantung raket

Kejohanan terakhir yang disertai Sharapova adalah Terbuka Australia pada Januari lalu.

BINTANG tenis wanita, Maria Sharapova mengumumkan persaraannya sekaligus menamatkan karier cemerlangnya yang memenangi lima anugerah Grand Slam.

Pemain kelahiran Rusia berusia 32 tahun itu meluah persaraan melalui penulisannnya kepada majalah Vanity Fair, pada Rabu.

"Bagaimana untuk berjalan keluar daripada gelanggang yang telah melatih saya sejak kecil? Sebuah permainan yang saya sangat gemari dan memberikan saya pelbagai kenangan suka dan duka.

"Sebuah sukan yang saya anggap sebagai keluarga, peminat juga sentiasa ada dibelakang saya selama 28 tahun," tulis Sharapova.

Maria Sharapova pernah digantung 15 bulan selepas positif bahan terlarang pada tahun 2016. Foto: AFP

"Tenis, saya ucapakan selamat tinggal," katanya.

Dia memenangi acara perseorangan wanita dalam pertandingan Wimbledon pada 2004, Terbuka Amerika Syarikat pada 2006, Terbuka Australia pada 2008, serta Terbuka Perancis pada 2012 dan 2014.

"Saya habiskan seluruh kehidupan untuk tennis dan tennis berikan saya sebuah kehidupan. Sudah pasti saya akan merinduinya," tambah Sharapova.

Sharapova yang digelar 'The Siberia Siren' pernah digantung selama 15 bulan pada tahun 2016 selepas mengambil bahan terlarang meldonium yang mampu meningkatkan pengambilan oksigen serta daya tahan seorang atlet.

Sharapova mula bermain tennis sejak berusia empat tahun. Foto: AP

Atlet yang memiliki ketinggian 189 sentimeter itu merupakan duta bagi produk-produk antarabangsa seperti Nike, Canon dan Tag Heuer.

Pada tahun 2014, Sharapova diletakkan di tangga ke-34 atlet yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes, mengatasi Serena Williams di tangga ke-55.

Perlawanan terakhir Sharapova dalam sukan tennis adalah semasa Terbuka Australia pada bulan Januari di mana dia tersingkir di pusingan pertama kepada Donna Vekic. - NBC News

Maria Sharapova, Tennis, Grand slam

Artikel Lain