suria

Guardiola akui Real Madrid semakin agresif tanpa Ronaldo

Guardiola dan skuadnya bakal bertandang ke Bernabeu Rabu ini.

PENGURUS Manchester City, Cristiano Ronaldo mendakwa ketiadaan Cristiano Ronaldo menjadikan Real Madrid semakin agresif.

Ronaldo menghaboiskan sembilan musim di Bernabeu yang menyaksikan setiap langkahnya membuatkan pihak lawan sentiasa ingin musnahkan Los Blancos.

Bagaimana pun pemenang lima kali Ballon d'Or itu mengambil keputusan berpindah ke Juventus pada musim 2018.

Ramai menjangkakan ketiada Ronaldo itu membuatkan skuad Zinedine Zidane akan 'tempang', namun sebaliknya berlaku.

"Pemain seperti Ronaldo dan Messi menjaringkan 50 dan 60 gol setiap musim.

"Mana-mana pasukan akan merasa sedikit menderita jika mereka pergi.

"Tetapi sekarang, sudah musim kedua mereka beraksi tanpa Ronaldo dan Madrid bermain di tahap yang baik.

"Saya ada melihat perlawanan dan ada perkara yang mreka tidak lakukan sebelum ini. Tekanan di bahagian serangan dan mereka tidak tunggu.

"Mereka sangat  agresif dengan kualiti pemain-pemain yang mereka ada," jelas bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich ini.

Guardiola bakal bertandang ke Bernabeu Rabu ini bagi aksi pertama pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara. - Onefootball

Artikel Lain