suria

Ronaldo beri pujian menggunung buat Mbappe, anggap sebagai masa depan bola sepak

Mbappe (gambar) menerima pujian Ronaldo.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo mengangkat Kylian Mbappe sebagai masa depan kepada sukan bola sepak dunia.

Pujian menggunung itu didedahkan menerusi satu video promosi yang dikongsi oleh Marca.

"Dia adalah masa kini dan masa depan.

"Dia pemain yang hebat, pantas dan akan menjadi masa depan," ujar pemain Juventus itu.

Malah, Mbappe turut dianggap sebagai penyambung legasi pemain hebat seperti Ronaldo dan Lionel Messi.

Pada musim lalu sahaja, Mbappe menjaring 39 gol sekaligus membuktikan kemampuannya sebagai pemain berbakat besar.

Mbappe sebelum ini juga pernah mendedahkan dia menjadikan Ronaldo sebagai inspirasi kerjayanya. - Goal.com.

Ronaldo, Mbappe

Artikel Lain