suria

“Jika mereka tak pecat... saya kekal di sini” - Guardiola

Guardiola yakin skuadnya akan terus beraksi di Eropah musim depan.

PENGURUS Manchester City Pep Guardiola yakin skuadnya bakal menjadi pesaing dalam aksi Liga Juara-Juara musim depan.

Pengendali,49, menaruh harapan tinggi dan kepercayaan terhadap skuad yang  sedia ada selepas kelabnya digantung daripada membeli pemain-pemain lain selama dua tahun.

Ia berikutan selepas City didakwa melakukan melakukan kesalahan dalam isytihar kewangan mereka.

"Saya yakin kami akan bermain di Eropah musim depan. Malah pasti kami akan mengekalkan kedudukan sekarang.

"Jika mereka tidak pecat, saya akan kekal di sini lebih lama. Saya mahu berada di sini lebih lama daripada kontrak yang sedia ada.

"Saya mahu terus membantu kelab terus berkembang dan kekal di posisi sekarang selama yang boleh. Kenapa saya perlu pergi?," katanya.

Dalam masa sama, City turut membuat rayuan kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) melalui Mahkamah Timbang Tara Sukan dan berharap keputusan akan diketahui sebelum tamat musim ini.

"Ia belum berakhir. Anda akan berjuang apa sahaja dan kelab akan berbuat demikian." - Dailymail.co.uk

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Lain