suria

Ronaldo titip mesej penuh emosi untuk Kobe Bryant

Ronaldo menyifatkan Kobe sebagai seorang lagenda sebenar. Foto: Fox sport/AS English

CRISTIANO Ronaldo turut tidak ketinggalan menyertai senarai bintang sukan yang memberikan penghormatan kepada pemain bola keranjang legenda Amerika Syarikat, Kobe Bryant.

Ronaldo menulis mesej penuh emosi di Twitter miliknya, dengan menyifatkan Kobe sebagai 'legenda'.

"Begitu sedih mendengar berita menyayat hati mengenai kematian Kobe dan anak perempuannya, Gianna," tulis bintang Juventus itu.

"Kobe adalah legenda sebenar dan inspirasi kepada ramai orang. Salam takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya dan keluarga semua mangsa yang terkorban dalam kemalangan.

"RIP lagenda," tulis Ronaldo.

Kobe terkorban apabila helikopter yang dinaikinya bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California.

Nahas itu mengorbankan kesemua penumpang termasuk anak perempuan Kobe yang berusia 13 tahun, Gianna.

Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian Kobe menerusi media sosial. - Dailystar

Cristiano Ronaldo, Kobe Bryant

Artikel Lain