suria

Neymar bakal punyai dokumentari sendiri di Netflix

Neymar bakal mempunyai dokumentari sendiri yang bakal disiarkan di Netflix.

BINTANG bola sepak Brazil, Neymar bakal mempunyai dokumentari sendiri yang bakal disiarkan di Netflix.

Dilaporkan, Netflix sedang membuat penggambaran dokumentari bagi memperlihatkan kehidupan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) secara langsung di luar padang.

Setakat ini Netflix dan PSG masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Bagaimanapun melihatkan persediaan jumlah kamera dan babak, dokumentari tersebut dikatakan mempunyai beberapa bahagian.

Mengikut pelbagai sumber, terdapat ramai kru sering hadir ke tempat latihan kelab Perancis di Paris.

Neymar mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona ke PSG pada 2017 sebagai pemain paling mahal dengan nilai £198 juta (RM1.1 bilion). - Hypebeast.com

Neymar, PSG, Netflix

Artikel Lain