suria

Memalukan! Ferdinand minta kelab buka mata, “Kanak-kanak pun tak nak pakai jersi Man United”

Manchester United tewas 2-0 kepada Burnley.

SKUAD Ole Gunnar Solskjaer 'diboo' penyokong-penyokongnya selepas tewas 2-0 kepada Burnley di laman sendiri.

Penyokong-penyokong juga meluahkan rasa marah kepada Ed Woodward dan pemilik kelab Keluarga Galazer selepas United kini tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir liga setakat ini.

Malah bekas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand turut mengkritik pihak pengurusan tertinggi kerana dilihat hilang arah tujuan dan turut mempersoalkan masa depan Solskjaer.

Ferdinand memberitahu, situasi United kini adalah paling buruk dan memalukan dalam kutipan mata sepanjang 30 tahun.

"Saya duduk di sini dalam keadaan malu. Sangat memalukan apabila melihat itu.

Keadaan tempat duduk penyokong yang tidak penuh ketika aksi United bertemu Burnley.

"Anda tidak boleh pertahankan keadaan ini. Penyokong-penyokong mula keluar selepas minit ke-85.Pengurusan teratas perlu melihat ini dan ubah.

"Kanak-kanak di bandar ini tidak lagi mahu memakai jersi Man United, mereka tidak mahu datang ke sini dan lihat ini.

"Duit telah digunakan sejak tujuh tahun lalu, apa yang ingin ditunjukkan?," jelasnya kepada BT Sport.

United kini ketinggalan 30 mata daripada pendahulu liga, Liverpool.

Manakala Burnley pula turut mencatat lebih banyak kemenangan berbanding United musim ini.

Selain itu, Ferdinand juga mahu kapten Harry Maguire menjalankan tugasnya dengan lebih serius selepas memberinya dengan nilai 80 juta paun.

"Bangkit dan menang, tunjukkan keinginan. Sebagai kapten maguire perlu bangkit. Apa yang kamu buat di sana Maguire!?." - Dailymail.co.uk

Artikel Lain