suria

Arsenal enggan ulas kritikan Ozil mengenai penindasan etnik Uighur

Arsenal cuba untuk menjauhkan diri dari mengulas kenyataan bintangnya, Mesut Ozil berhubung penindasan etnik minoriti Uighur. Fot: Reuters

KELAB bola sepak Inggeris, Arsenal cuba untuk menjauhkan diri dari mengulas kenyataan bintangnya, Mesut Ozil selepas pemain tengah tersebut memuat naik satu kenyataan mengkritik dasar negara China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur.

“Kandungan yang dinyatakan adalah pendapat peribadi Ozil sepenuhnya,”kata kelab tersebut menerusi platform Weibo.

“Sebagai sebuah kelab bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang pada prinsip tidak terlibat dalam politik,”tulis kelab tersebut lagi.

Kebanyakan komen di akaun Arsenal di Weibo menyatakan rasa marah terhadap pemain tersebut.

Mereka memuat naik gambar jersi Ozil digunting, malah ada yang meminta pemain itu diusir dari kelab tersebut.

Dalam perkongsiannya di Twitter dan Instagram, Ozil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan China.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertajuk 'East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah' yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat.

Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan” serta “Mukmin yang secara bersendirian mereka yang memaksa orang menjauhi Islam.”

“Quran dibakar.. Masjid ditutup.. Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan.. Ulama dibunuh seorang demi seorang.. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” tulisnya. - Reuters

Mesut Ozil, Arsenal, China, Uighur

Artikel Lain