suria

Pemilik Manchester United beri jaminan kepada Solskjaer

Dua kemenangan penting minggu ini membuatkan skuad Solskjaer kembali bersemangat.

PEMILIK Manchester United Joel Glazer memberi janminan bahawa kedudukan Ole Gunnar Solskjaer selamat di Old Trafford.

Posisi Solskjaer sebelum ini menjadi perhatian selepas aksi hambar pasukan sejak awal musim.Malah lebih menjadi tumpuan apabila timbul spekulasi masa depannya selepas Mauricio Pochettino dipecat oleh Spurs minggu lalu.

Namun Solskjaer tetap menaruh kepercayaan tinggi kepada pemain-pemainnya untuk bangkit dan menyaksikan mereka berjaya mengutip kemenangan kepada pesaing sengit Manchester City 2-1 serta Spurs.

Keluarga Glazer yakin Solskjaer memerlukan masa untuk mebina sebuah pasukan mantap dan masih mengharapkan Paul Pogba menjadi sebahagian watak penting dalam kelab ini.

Keluarga Glazer, John (kiri) dan Avram memberi jaminan kedudukan Solskjaer masih selamat di Old Trafford.

Dilaporkan, Glazer telah bertemu dengan Solskjaer secara peribadi untuk menyakinkan sokongan mereka.

Sementara itu, Ed Woodward mahu memastikan untuk membawa dua pemain baharu dalam skuad utama, di bahagian tengah dan penyerang.

"Minggu ini mungkin akan membuat orang kurang bercakap. Saya pula lebih berminat untuk bercakap perkara yang lebih menarik berbanding dengan spekulasi atau kritikan.

"Saya rasa ia tidak perlu kerana kami tahu apa yang sedang dilakukan dan rancangan seterusnya.

"Jika kita berjaya melihat pemain tanpa sebarang kecederaan, ia akan memperkukuhkan pasukan," ujar Solskjaer kepada TV2 Norway. - Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain