suria

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL

Vardy menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini.

JAMIE Vardy meneruskan aksi cemerlang dengan merekodkan sebagai pemain pertama menjaringkan gol lapan kali berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Vardy mencatat rekod jaringan dalam 11 perlawanan berturut-turut buat Leicester City yang perebutan gelaran trofi musim ini.

Bekas pemain England berusia 32 tahun ini antara penyerang prolifik sejak Brendan Rodgers mengambil alih The Foxes pada 3 Mac lalu.

Vardy 'ayam tambatan' pasukan Leicester City.

Sejak itu dia berjaya meledak 24 gol keseluruhan, melebih tujuh gol daripada pemain-pemain lain.

Sejak Ogos sehingga September Vardy dilihat sukar disekat dan turut memecah rekod jaringan yang dilakukan Ruud van Nestelrooy ketika bersama Manchester United sebelum ini. - Onefootball

Artikel Lain